Aplikasi Strategi Kesantunan dalam Rancangan Bual Bicara Motivasi Diri Radio IKIMfm
(Applications of Politeness Strategies in Motivational Talk Shows on IKIMfm Radio)
Abstrak
Kajian ini mengenal pasti penggunaan pola kombinasi strategi dan maksim dalam soal jawab struktur isi rancangan bual bicara peserta rancangan bual bicara Celik Mata Reset Minda Orang yang Tenang di radio IKIMfm. Beberapa metod diaplikasi antaranya analisis teks, transkripsi dan kuantitatif. Korpus ini menggunakan kerangka teori kesantunan Brown dan Levinson dan prinsip kerjasama Grice, yang dikombinasikan bagi membentuk model pola kombinasi strategi dan maksim untuk menganalisis 294 dialog dalam soal jawab struktur isi bual bicara. Model pola kombinasi strategi dan maksim membentuk empat pola kombinasi strategi dan maksim yang mengandungi dua pola teras, iaitu P2 dan P3. Pola teras P2 mengandungi strategi kesantunan positif dan kesantunan negatif manakala P3 mengandungi strategi tanpa rekod dan kedua-duanya mempunyai padanan maksim prinsip kerjasama (PK) tertentu. Kajian mendapati peserta perbualan mematuhi model pola kombinasi strategi dan maksim dengan pola A variasi pertama mendominasi keseluruhan ujaran untuk mencapai situasi bebas konflik. Situasi ini didapati amat signifikan dalam menzahirkan kesantunan sebenar peserta bual bicara.
Kata kunci: strategi kesantunan, prinsip kerjasama, model pola kombinasi strategi dan maksim, situasi bebas konflik, pola teras
Rujukan
Muat turun
Diterbitkan
Terbitan
Bahagian
Lesen
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.
