Penginterpretasian Peribahasa dan Hubungannya dengan Kemahiran Berfikir: Analisis Berdasarkan Teori Relevans

(The Interpretation of Proverbs and Their Relation to Thinking Skills: An Analysis Based on Relavance Theory)

Pengarang

  • Hasmidar Hassan Bahagian Bahasa Malaysia, Terjemahan dan Interpretasi, Universiti Sains Malaysia

Abstrak

Kajian ini dijalankan dalam kalangan pelajar pendidikan guru bertujuan mencungkil kemampuan pelajar ini memahami maksud peribahasa yang diberikan. Dapatan kajian menunjukkan input yang sangat signifikan kerana ramai pelajar tidak memahami maksud implisit yang didukung oleh peribahasa tersebut. Ketidakmampuan para pelajar pendidikan guru ini memahami dan menginterpretasikan maksud peribahasa disebabkan oleh beberapa faktor seperti tidak memahami makna leksikal, tidak memahami peluasan makna sesuatu leksikal, tiadanya maklumat latar belakang (entri ensiklopedik) tentang sifat ataupun ciri yang didukung oleh sesuatu item/ peristiwa dan tidak dapat mengaplikasikan maklumat latar belakang pada maklumat baharu yang diterima (prosedur pemahaman). Para pelajar tidak dapat mengaitkan maklumat latar belakang dengan konteks yang menjadi input dalam proses penginterpretasian sesuatu peribahasa yang diberikan. Ketiadaan maklumat latar belakang juga mengekang para pelajar untuk berfikir secara kritis dan membuat inferens bagi mencapai satu kesimpulan dalam proses penginterpretasian maksud peribahasa. Ketidakmampuan para pelajar pendidikan guru memahami maksud peribahasa ternyata kritikal kerana sebagai bakal guru, mereka juga perlu mengajarkan elemen ini dalam matapelajaran Bahasa Melayu di sekolah apatah lagi dengan adanya tuntutan transformasi pendidikan abad kedua puluh satu yang menekankan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT).

Kata kunci : peribahasa, penginterpretasian, implisit, inferens, entri ensiklopedik, transformasi pendidikan

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2016-06-01