Perubahan Konsonan dalam Penggandaan Berima Bahasa Indonesia
(Consonant Changes in Indonesian Rhyming Reduplication)
Abstrak
Makalah ini bertujuan mengemukakan rumusan perubahan konsonan dalam penggandaan berima bahasa Indonesia. Kajian ini mengutarakan pandangan bahawa perubahan konsonan dalam penggandaan berima bahasa Indonesia dapat dijelaskan melalui pendekatan terpisah yang tidak mempertimbangkan dua jenis penggandaan berima yang lain, iaitu perubahan vokal dan perubahan suku kata. Berdasarkan ciri khususnya, diketengahkan dahulu dalam kajian ini empat rumusan tentang perubahan konsonan dalam penggandaan berima bahasa Indonesia, iaitu, (1) hanya fonem-fonem asli boleh berubah; (2) perubahan konsonan mengarah kepada bunyi bilabial berlaku dalam keadaan normal; (3) perubahan konsonan amnya terhad kepada konsonan dalam suku kata yang pertama; dan (4) ada atau tidaknya fitur [suara] merupakan satuan dasar dalam perubahan konsonan serta makna "kepelbagaian", "tingkat superlatif", dan "sangat" pada dasarnya diterbitkan daripada perubahan fitur [sonoran]. Seterusnya, dibahaskan pula pola perubahan konsonan dalam kata ganda berima sama ada dapat dianalisis berdasarkan rumusan tersebut. Turut dimuatkan perbincangan secara ringkas hubungan antara tiga jenis penggandaan berima bahasa Indonesia untuk mengungkapkan masalah yang perlu diselidik dalam kajian akan datang
Kata kunci: bahasa Indonesia, perubahan konsonan, penggandaan berima, kata ganda berima, pendekatan terpisah
Rujukan
Muat turun
Diterbitkan
Terbitan
Bahagian
Lesen
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.
