Sistem Fonologi Dialek Melayu Saribas Berasaskan Fonologi Generatif
(The Phonological System of the Malay Dialect of Saribas Based on Generative Phonology)
Abstrak
Kajian deskriptif ini menghuraikan sistem fonologi dialek Melayu Saribas (DMSbs). Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif yang bersifat deskriptif dengan mengaplikasikan kaedah kajian lapangan. Pengumpulan data linguistik DMSbs diperoleh daripada sepuluh orang penutur jati DMSbs di pekan Saratok, Sarawak melalui rakaman perbualan audio. Data DMSbs memperlihatkan kewujudan dua bentuk diftong sahaja dalam struktur permukaan, iaitu [ay] dan [oy], manakala diftong [aw] hanya wujud dalam struktur dalaman. Diftong dalam DMSbs terdiri daripada dua bentuk, iaitu kata asal dan pendiftongan. Sistem konsonan DMSbs turut mempunyai ciri-ciri khusus yang tidak ada pada dialek Melayu lain, iaitu kewujudan fonem /ɣ/ yang dihasilkan melalui frikatif oleh titik artikulasi dorsal. Konsonan likuida /l/ dan frikatif velar /ɣ/ dalam DMSbs tidak dibenarkan hadir pada posisi koda, sama seperti kekangan koda dalam dialek Melayu lain, namun berbeza daripada dialek Melayu Kuching dan dialek Melayu Rejang yang membenarkan kehadiran kedua-dua fonem ini di akhir kata.
Kata kunci: vokal, konsonan, diftong, struktur dalaman, struktur permukaan
Rujukan
Muat turun
Diterbitkan
Terbitan
Bahagian
Lesen
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.
