Gaya Pembelajaran Kanak-kanak Lembam dalam Pembelajaran Bahasa Melayu
(The Learning Styles of Slow Learners in Malay Language)
Abstrak
Makalah ini membincangkan gaya pembelajaran kanak-kanak lembam yang mengikuti Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di sebuah sekolah di Kelantan. Tulisan ini merupakan dapatan kajian kes. Pemilihan kanak-kanak adalah berdasarkan laporan pakar perubatan yang mengesahkan bahawa lima kanak-kanak yang dipilih mengalami masalah lembam dalam pembelajaran dan ditempatkan di bawah seliaan PPKI. Kaedah yang digunakan ialah pemerhatian berstruktur dan ujian. Dapatan kajian mendapati tiga gaya pembelajaran, iaitu visual sebanyak 77 peratus, auditori 52 peratus dan kinestetik 65 peratus telah diterapkan oleh kanak-kanak lembam. Gaya pembelajaran yang paling dominan dalam kalangan kanak-kanak lembam ialah gaya pembelajaran visual. Kanak-kanak lembam dapat menguasai kefahaman bahasa Melayu dari aspek huruf dan suku kata, tetapi penguasaan perkataan adalah pada tahap sederhana khususnya bagi membaca dan menulis.
Kata kunci: gaya pembelajaran, pembelajaran bahasa, kanak-kanak lembam, bahasa Melayu
Rujukan
Muat turun
Diterbitkan
Terbitan
Bahagian
Lesen
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.
