Analisis Metafungsi Bahasa dalam Penulisan Karangan

(Analysis of Language Metafunction in Essay-Writing)

Pengarang

Abstrak

Makalah ini meneroka aplikasi jenis tema dan metafungsi bahasa dengan memanfaatkan teori SFL (Lingustik Fungsional Sistemik). Data diperoleh daripada penggunaan bahasa oleh murid bahasa kedua semasa memulakan ayat dengan mengenal pasti penggunaan tema yang hadir dalam penulisan karangan jenis pendapat melalui penganalisisan 366 ayat daripada 21 buah karangan. Jenis tema yang dianalisis ialah tema bertanda dan tema tidak bertanda manakala metafungsi bahasa yang diteliti melibatkan tiga kategori, iaitu tema ideasional, tema interpersonal dan tema tekstual. Daripada analisis ini dapat dikenal pasti bahawa murid sering memanfaatkan tema tidak bertanda, tema ideasional dan tema tekstual dalam menjana ayat awal. Penganalisisan ini membantu murid memahami pelahiran idea secara sistematik dalam penulisan dan dapat menyalurkan maklumat kepada guru untuk membina kaedah penulisan yang bercirikan wacana lengkap.

Kata kunci : karangan, tema, jenis tema, metafungsi

Biografi Pengarang

  • Norfaizah Abdul Jobar, Universiti Pendidikan Sultan Idris

    Fakulti Bahasa dan Komunikasi

  • Anida Sarudin, Universiti Pendidikan Sultan Idris

    Fakulti Bahasa dan Komunikasi

  • Idris Md. Radzi, Universiti Pendidikan Sultan Idris

    Fakulti Bahasa dan Komunikasi

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2018-10-18