"Giler" atau "Gile": Slanga Kata Penguat
("Giler" or "Gile": Use of Slang Words as Intensifiers)
Abstrak
Makalah ini bertujuan meninjau pemilihan ejaan "giler" ataupun "gile" yang kerap digunakan dalam slanga yang dijadikan sebagai kata penguat. Tinjauan dibuat untuk menentukan sama ada perkataan ini mendahului atau mengikuti kata adjektif dan berfungsi menguatkan maksud yang terkandung dalam kata atau frasa adjektif berkenaan. Data dikutip melalui temu bual secara rawak dan pengisian borang soal selidik oleh 360 orang responden secara dalam talian dengan aplikasi Google Forms. Kajian mendapati dua perkataan ini telah berfungsi sebagai slanga kata penguat yang sering digunakan, dan menjadi bahasa kebiasaan dalam pertuturan mahupun dalam penulisan tidak formal bagi kalangan masyarakat tanpa mengira umur, jantina, taraf pendidikan, pekerjaan mahupun etnik.
Kata kunci: kata penguat, slanga, bahasa dan linguistik, variasi bahasa
Rujukan
Muat turun
Diterbitkan
Terbitan
Bahagian
Lesen
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.
