Bentuk dan Kedudukan Kata Tanya Dialek Perak Utara: Satu Huraian Deskriptif
(The Nature and Status of Question Words in The Northern Perak Dialect: A Descriptive Analysis)
Abstrak
Dialek Perak dituturkan dari Kuala Kangsar, Perak Tengah dan seterusnya ke Perak Hilir. Walaupun tiga dialek ini mempunyai persamaan dan dikategorikan dalam satu dialek, iaitu dialek Perak, setiap dialek ini mempunyai subdialek masing-masing. Makalah ini memfokuskan penghuraian secara deskriptif tentang dialek Perak bahagian utara, iaitu untuk mengenal pasti bentuk dan kedudukan kata tanya dalam dialek Perak Utara. Kaedah kajian lapangan digunakan untuk mendapatkan data daripada responden di kawasan kajian, iaitu Kampung Sayong Lembah dan Kampung Simpang Melembu. Kajian ini mendapati bahawa bentuk kata tanya dialek Perak Utara ini walaupun berbeza daripada bahasa Melayu standard, masih dapat difahami oleh masyarakat Melayu yang lain. Perbezaan yang ketara ialah kata tanya ini mempunyai tiga kedudukan, iaitu pada awal, tengah dan akhir ayat. Kedudukan yang pelbagai ini menunjukkan bahawa kata tanya dalam dialek Perak Utara bersifat variasi.
Kata kunci: kata tanya, dialek, Perak Utara, sintaksis, deskriptif
Rujukan
Muat turun
Diterbitkan
Terbitan
Bahagian
Lesen
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.
