Semantik Nama Tempat: Gambaran Kognisi dan Warisan Bahasa Penutur
(The Semantics of Place Names: A Reflection of Cognition and Linguistic Heritage of Speakers)
Abstrak
Nama bentuk muka bumi dalam kawasan geolinguistik tertentu merupakan hasil persepsi penutur bahasa di kawasan berkenaan. Entiti yang wujud di alam sekeliling mereka dikenal pasti berdasarkan proses abstraksi ciri-ciri khusus yang ada pada satu-satu bentuk topografi, dan kemudian diberi label dalam bentuk imej bunyi sebagai kaedah mengekalkan bentuk topografi itu dalam ingatan ahli masyarakat. Nama tempat menunjukkan adanya penggunaan label ini, disertai dengan kata-kata yang menggambarkan flora dan fauna, serta aspek budaya dan sejarah komuniti berkenaan. Dengan menerapkan teori-teori lambang, abstraksi, entiti, dan linguistik sejarah, artikel ini membincangkan peranan nama tempat dalam memberi interpretasi kepada kemajuan peradaban, serta sejarah migrasi dan mastautin suku kaum peribumi Malaysia.
Kata kunci: entiti, imej bunyi, persepsi, abstraksi, makna ekstensional, makna intensional
Rujukan
Muat turun
Diterbitkan
Terbitan
Bahagian
Lesen
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.
