Abstraksi Objek Konkrit dalam Peribahasa Melayu: Analisis Semantik Inkuisitif

(An Abstraction of Concrete Object in Malay Proverbs: An Inquisitive Semantic Analysis)

Pengarang

DOI:

https://doi.org/10.37052/jb18(2)no1

Abstrak

Peribahasa Melayu merupakan salah satu bukti tingginya akal budi orang Melayu. Ungkapan berkias yang ringkas ini biasanya mempunyai makna yang tepat, padat serta bersifat kompleks. Dalam peribahasa, ujarannya tidak akan dapat difahami dengan hanya mengambil makna selapis atau makna harfiah. Hal ini berlaku kerana, banyak peribahasa mempunyai makna konkrit dan abstrak yang boleh dipetakan melalui domain sumber dan sasaran. Makalah ini bermatlamat untuk menjelaskan proses mental yang berlaku dalam minda serta menghuraikan akal budi dan falsafah di sebalik pemilihan objek peribahasa. Sebanyak 31 peribahasa yang menggunakan leksikal garam diperoleh melalui janaan daripada pangkalan data www.malaycivilization.com. Kajian ini berteraskan kerangka analisis semantik inkuisitif yang dikemukakan oleh Nor Hashimah (2014). Kombinasi data korpus, teori, kognitif, falsafah dan budaya terbukti mampu mencungkil akal budi orang Melayu. Analisis mendapati terdapat beberapa fitur yang menjadi mekanisme kepada berlakunya abstraksi makna objek konkrit. Garam diabstraksi melalui fitur makna [+murah] yang berhubung dengan makna "hina". Garam juga diabstraksi sebagai "manusia hina" oleh orang Melayu kerana sifat "mudah lebur" objek garam. Kajian ini bukan sahaja menghuraikan abstraksi yang berlaku dalam peribahasa, malah dapat mencungkil kearifan dan kebijaksanaan orang Melayu.

Kata kunci: peribahasa Melayu, abstraksi, kognitif Melayu, akal budi Melayu, semantik inkuisitif

Biografi Pengarang

  • Nor Hashimah Jalaluddin, Universiti Kebangsaan Malaysia

    Pusat Penyelidikan Kelestarian Sains Bahasa, Universiti Kebangsaan Malaysia.

  • Asad Mohamed, Universiti Kebangsaan Malaysia

    Institut Alam dan Tamdun Melayu

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2018-12-11