Dialek Melayu di Hulu Kelantan: Laporan Awal

(Malay Dialect in Hulu Kelantan: A Preliminary Report)

Pengarang

DOI:

https://doi.org/10.37052/jb18(2)no2

Abstrak

Dialek Melayu Kelantan sering kali menghala ke arah satu ketetapan, iaitu dialek Melayu yang dituturkan di Kota Bharu dan kawasan berhampiran, atau yang secara umumnya boleh dikatakan sebagai kawasan hilir. Kesannya, sehingga kini tidak ada sebarang maklumat mengenai dialek yang dituturkan di kawasan hulu, khususnya kawasan yang berada dalam jajahan Gua Musang. Makalah ini bertujuan menilai perkara ini dengan menjadikan dialek Melayu yang dituturkan di Sungai Nenggiri, Hulu Kelantan, sebagai bahan kajian. Analisis awal terhadap ciri fonetik dan fonologi serta beberapa aspek linguistik lain yang diperoleh dari lima buah kampung yang terletak di sepanjang Sungai Nenggiri mendapati dialek Melayu Kelantan di kawasan tersebut memperlihatkan perbezaan yang agak ketara daripada dialek Melayu Kelantan di kawasan hilir. Penemuan ini membawa dua implikasi penting, iaitu (1) wujud pemisahan antara dialek Melayu di kawasan hulu dengan dialek Melayu di kawasan hilir di sepanjang lembangan Sungai Kelantan. Oleh sebab itu, (2) dialek Melayu di Kelantan dan Semenanjung Timur memerlukan pengelompokan yang baharu.

Kata kunci: dialek Melayu, dialek Melayu Semenanjung Timur, dialek Melayu Hulu Kelantan, dialek Melayu Kelantan, hulu dan hilir

Biografi Pengarang

  • Mohd Tarmizi Hasrah, Universiti Utara Malaysia

    Jabatan Bahasa Melayu Kontemporari Lecturer

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2018-12-11