Fonologi Kata Pinjaman Tamil dalam Bahasa Melayu Berdasarkan Teori Optimaliti

(The Phonology of Tamil Loanwords in Malay based on Optimality Theory)

Pengarang

DOI:

https://doi.org/10.37052/jb18(2)no6

Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk menjelaskan perubahan fonologi kata pinjaman Tamil yang diserap masuk ke dalam bahasa Melayu. Kata pinjaman Tamil perlu menjalani perubahan fonologi demi untuk mematuhi sistem nahu bahasa Melayu. Oleh sebab bahasa Tamil dan bahasa Melayu mempunyai nahu yang berbeza, maka timbul persoalan, apakah perkataan bahasa Tamil yang telah dipinjam dan bagaimanakah perkataan Tamil tersebut menghasilkan bentuk yang baharu untuk disesuaikan dengan sistem bahasa Melayu? Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti kata pinjaman Tamil yang mengalami perubahan fonologi apabila diserap masuk ke dalam bahasa Melayu, dan mengkategorikan serta menjelaskan secara teoretis jenis adaptasi yang berlaku berdasarkan perubahan fonologi kata pinjaman Tamil. Kajian ini menggunakan data sekunder yang diperoleh daripada Noriah dan Selvarani (2015). Sejumlah 381 perkataan Tamil telah dikenal pasti digunakan dalam bahasa Melayu. Hasil analisis tatatingkat kekangan dalam teori Optimaliti menunjukkan kata pinjaman Tamil dalam bahasa Melayu melibatkan perubahan pada peringkat struktur suku kata, iaitu degeminasi, pemendekan vokal dan pengguguran suku kata.

Kata kunci: bahasa Melayu, bahasa Tamil, kata pinjaman, fonologi, teori optimaliti

Biografi Pengarang

  • Sharifah Raihan Syed Jaafar, Universiti Kebangsaan Malaysia

    Pusat Kelestarian Sains Bahasa,
    Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

  • Thamaraselvi Krishnasamy, Universiti Kebangsaan Malaysia

    Pusat Kelestarian Sains Bahasa,
    Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2018-12-11