Kajian Kes Prosedur Penterjemahan Mainan Kata Teks Iklan daripada Bahasa Cina kepada Bahasa Melayu
(A Case Study on the Translation Procedures of Puns in Advertisements from Chinese to Malay)
DOI:
https://doi.org/10.37052/jb19(1)no2Abstrak
Artikel ini membincangkan penterjemahan mainan kata dalam teks iklan bahasa Cina kepada bahasa Melayu berdasarkan kaedah penterjemahan mainan kata yang dikemukakan oleh Delabastita (1996). Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti prosedur penterjemahan yang diaplikasikan dalam terjemahan mainan kata dalam teks iklan daripada bahasa Cina kepada bahasa Melayu. Empat iklan yang mempunyai mainan kata dipilih sebagai teks sumber kajian. Kajian ini berdasarkan pendekatan retorik dalam pengiklanan, penterjemahan makna dan prosedur penterjemahan oleh Delabastita. Perbincangan juga dipandu oleh tiga persoalan kajian, iaitu, apakah elemen retorik dalam konteks iklan yang dikaji? Bagaimanakah makna mainan kata diterjemahkan dalam iklan? Apakah prosedur kata dalam iklan bahasa Cina-bahasa Melayu? Dapatan kajian menunjukkan bahawa tiga prosedur penterjemahan yang dikemukakan oleh Delabastita (1996), iaitu prosedur "mainan kata dalam teks sumber diterjemahkan kepada mainan kata dalam teks sasaran", "mainan kata diterjemahkan kepada bukan mainan kata" dan "mainan kata dijelmakan sebagai elemen berkaitan dengan retorik" yang boleh digunakan untuk menterjemahkan mainan kata dalam iklan daripada bahasa Cina kepada bahasa Melayu. Selain itu, prosedur pengguguran dan adaptasi turut diperlukan bagi membolehkan imej tabu ditiadakan dalam terjemahan. Namun begitu, adaptasi dapat digunakan untukmenggantikan makna yang didukung oleh lambang yang bersifat tabu tersebut.
Kata kunci: penterjemahan mainan kata, iklan, tabu (pantangan), prosedur penterjemahan
Rujukan
Muat turun
Diterbitkan
Terbitan
Bahagian
Lesen
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.
