Manifestasi Fonologi Bahasa Melayu Standard terhadap Perubahan Konsonan dalam Nyanyian Lagu Melayu Asli
(The Phonological Manifestation Of Standard Malay Towards Consonant Changes In Malay Asli Songs)
DOI:
https://doi.org/10.37052/jb18(2)no3Abstrak
Makalah ini mengkaji lagu Melayu asli untuk mengenal pasti proses fonologi yang terdapat dalam nyanyian. Kajian atau huraian ciri-ciri bahasa dalam nyanyian lagu Melayu asli amatlah berkurangan dan masih tidak jelas. Oleh itu, sebanyak sepuluh (10) buah lagu Melayu asli telah dijadikan sebagai data kajian dan menjalani proses alih bentuk daripada bentuk fail MP3 kepada bentuk teks menerusi proses transkripsi fonetik. Penelitian memberikan tumpuan terhadap proses fonologi yang melibatkan segmen konsonan dan dihuraikan dengan berpandukan Teori Fonologi Generatif Linear (Chomsky & Halle, 1968). Hasil kajian mendapati bahawa sebahagian proses fonologi yang terkandung dalam lagu Melayu Asli ialah cerminan atau manifestasi bahasa Melayu Standard dalam nyanyian. Nyanyian lagu Melayu asli mematuhi proses fonologi bahasa Melayu standard seperti pengglotisan, asimilasi nasal, pengguguran obstruen tak bersuara, pengguguran nasal, penyisipan farinks dan penyisipan geluncuran. Selain itu, pengguguran likuida getaran didapati tidak terlaksana dalam nyanyian lagu Melayu asli kerana penyanyi tidak menggugurkan likuida getaran /r/ pada posisi koda. Hal berkenaan menunjukkan bahawa nyanyian lagu Melayu Asli mengingkari rumus pengguguran likuida getaran yang terdapat dalam bahasa Melayu standard yang bersifat pilihan.
Kata kunci: fonologi, proses fonologi, bahasa Melayu standard, lagu Melayu Asli
Rujukan
Muat turun
Diterbitkan
Terbitan
Bahagian
Lesen
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.
