Pemaknaan Medan Kecantikan Berasaskan Amalan Cobuild

(Describing the Semantic Field of Beauty based on COBUILD)

Pengarang

  • Norliza Jamaluddin Universiti Perguruan Sultan Idris

DOI:

https://doi.org/10.37052/jb18(2)no7

Abstrak

Makalah ini mengemukakan kajian yang menerapkan amalan COBUILD (Collins Birmingham University International Language Database) dalam pemerian makna medan kecantikan bagi kamus ekabahasa bahasa Melayu. Pendekatan COBUILD dipilih kerana pemerian maknanya dalam bentuk huraian. Bentuk ini menghuraikan makna sama seperti bentuk bahasa Melayu yang standard. Bentuk ini agak berbeza daripada amalan leksikografi yang diterapkan dalam kamus ekabahasa kini, iaitu yang menggunakan bentuk "mampatan". Sebanyak 18 entri medan kecantikan yang diteliti. Kajian ini mengemukakan dua objektif, iaitu pertama, penerapan amalan COBUILD dalam pemerian makna medan kecantikan dan kedua, kolokasi sebagai pembeza makna. Daripada 18 kata entri kecantikan ini yang memanfaatkan data korpus berkomputer Dewan Bahasa dan Pustaka diperoleh 33 makna keseluruhannya. Daripada jumlah ini sebanyak 15 kelompok makna sama ada bagi kata entri yang sama atau kata entri yang berbeza dapat dikelompokkan. Persamaan dan perbezaan ini adalah menerusi kolokasi yang diteliti daripada baris konkordans.

Kata kunci : COBUILD, medan kecantikan, kolokasi, data korpus, kamus ekabahasa

Biografi Pengarang

  • Norliza Jamaluddin, Universiti Perguruan Sultan Idris

    Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2018-12-11