Analisis Teori Relevans dalam Metafora
(A Relevance Theory Analysis in Metaphor)
DOI:
https://doi.org/10.37052/jb18(1)no7Abstrak
Kajian ini mengesan gaya bahasa metafora dan menganalisis gaya bahasa untuk mencari makna sebenar. Kajian kualitatif ini menggunakan analisis dokumen berpandukan teori relevans yang diasaskan oleh Sperber dan Wilson (1986) dalam bidang linguistik disiplin pragmatik. Teori ini menekankan tiga gagasan utama, iaitu konteks, kesan kognitif dan usaha memproses. Teori ini menegaskan bahawa tiga konsep ini penting dalam penginterpretasian makna. Lima gaya bahasa metafora daripada lima sajak Usman Awang dijadikan data. Pengkaji juga menggunakan kehadiran baris atau leksikal lain dalam sajak yang merupakan subgagasan dalam teori relevans untuk mengukuhkan lagi penginterpretasian makna. Didapati bahawa aplikasi teori relevans dapat membantu pemahaman makna sebenar. Didapati juga kewujudan leksikal lain sama ada jenis bahasa figuratif atau yang bukan jenis bahasa figuratif juga membantu dalam pengesanan makna sebenar. Baris dan leksikal tersebut berperanan sebagai konsep ad hoc yang dibina oleh pendengar untuk mengukuhkan lagi pemahaman mereka. Penginterpretasian makna didapati menjadi lebih mudah dan sahih dengan teori relevans.
Kata kunci: metafora, teori relevans, linguistik, pragmatik, bahasa figuratif
Rujukan
Muat turun
Diterbitkan
Terbitan
Bahagian
Lesen
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.
