Bunyi Geluncuran di Sarawak: Suatu Ciri Bunyi yang Bersifat Wilayah
(The Off-Glide Sounds in Sarawak: A Regionally Sound Feature)
DOI:
https://doi.org/10.37052/jb18(2)no5Abstrak
Makalah ini membincangkan bunyi geluncuran (off-glide) yang wujud dalam dialek Melayu (Saribas, Krian, Rejang), bahasa Iban, bahasa Melanau dan bahasa Bintulu. Oleh sebab bahasa Iban merupakan bahasa dominan di Sarawak dan kaya dengan bunyi geluncuran, maka timbul persoalan sama ada fonologi bahasa bukan Iban (seperti dialek Melayu, Melanau dan Bintulu) telah dipengaruhi oleh bahasa Iban? Makalah ini dibincangkan dengan berlandaskan kerangka Blust (1997) tentang nasal dan nasalisasi di Borneo. Oleh sebab ciri bunyi praletupan nasal wujud di kawasan yang tidak menunjukkan kesinambungan dari segi geografi, kewujudan bunyi ini lebih bersifat wilayah daripada dipengaruhi oleh bahasa lain. Ciri bunyi yang bersifat kewilayahan ini menunjukkan dua fenomena yang umum, iaitu (1) persebarannya tidak bersinambungan dari segi geografi, dan (2) merentasi cabang/rumpun bahasa. Dalam dialek Melayu, Iban, Melanau dan Bintulu yang dikaji, ciri kriterianya sejajar dengan kes bunyi praletupan nasal yang diterangkan oleh Blust. Data tambahan dari kawasan luar Pulau Borneo, iaitu Sumatera (bahasa Melayu Jambi, Minangkabau dan Kerinci) juga menunjukkan ciri geluncuran pada akhir kata. Hasil analisis mendapati bahawa bunyi geluncuran di Sarawak menepati kedua-dua kriteria ini, iaitu bahasa-bahasa yang mengandungi ciri bunyi ini dan secara kebetulan menepati kriteria kerangka Blust.
Kata kunci: Bunyi geluncuran, kewilayahan, pengaruh bahasa, fenomena nasalisasi
Rujukan
Muat turun
Diterbitkan
Terbitan
Bahagian
Lesen
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.
