Pemahaman Unsur Anthropomorphisme Sebagai Bentuk Panggilan dalam Komunikasi Berdasarkan Model Proses Tiga Serangkai

(Understanding Anthropomorphism as Address Forms in Communication Based on the Three-Step Process Model)

Pengarang

Abstrak

Kajian ini bertujuan mengenal pasti dan menghuraikan pemahaman makna unsur antropomorfisme yang telah digunakan oleh penutur (khusus masyarakat kelas bawahan) semasa proses menyapa atau memanggil seseorang ketika berkomunikasi. Data kajian diperoleh daripada enam filem tempatan yang bertemakan permasalahan sosial, yang dianggap mewakili proses komunikasi masyarakat kelas bawahan. Kesemua data yang dikenal pasti telah dianalisis menggunakan model proses tiga serangkai yang diperkenalkan oleh Stöver, iaitu model yang menjelaskan cara pemahaman sesuatu kata dapat dijelaskan secara berpada dan empirikal. Hasil kajian mendapati bahawa penutur menggunakan tiga perlambangan haiwan sebagai unsur antropomorfisme, iaitu anjing, ayam dan serangga (semut, kutu dan langau). Setelah dianalisis, diyakini bahawa, pemilihan ketiga-tiga haiwan tersebut tidak berlaku secara sewenang-wenang, sebaliknya bermotivasi, iaitu berkaitan dengan sistem kognitif manusia yang cepat mencari unsur keserupaan atau persamaan antara sifat haiwan dengan sifat manusia.

Kata kunci: antropomorfisme, model proses tiga serangkai, sifat haiwan, sifat manusia, proses simulasi

Biografi Pengarang

  • Hishamudin Isam, Universiti Utara Malaysia
    Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah, Kolej Sastera dan Sains
  • Mashetoh Mutalib, Universiti Utara Malaysia
    Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah, Kolej Sastera dan Sains
  • Yusniza Yaakub, Universiti Utara Malaysia
    Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah, Kolej Sastera dan Sains

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2018-01-26