Ciri Tekstual Perbilangan

(Textual Features of Perbilangan)

Pengarang

DOI:

https://doi.org/10.37052/jb18(1)no1

Abstrak

Perbilangan ialah lakuan bahasa yang merepresentasikan sesuatu mesej, adat, aturan dan nilai bagi pedoman masyarakat, yang dihasilkan dalam bahasa yang indah, halus, berkias serta dalam struktur rangkap. Makalah ini membicarakan perbilangan dari dimensi ciri tekstualnya. Melalui pendekatan analisis dalaman teks yang meliputi organisasi seluruh teks, kombinasi klausa, perihal pilihan klausa dan sifat perbilangan, serta berbantukan nahu fungsional dan berasaskan sehimpunan perbilangan yang bertemakan sistem nilai, kekeluargaan, politik, ekonomi, hukum adat dan perlapisan, beberapa ciri tekstual perbilangan telah dikenal pasti. Sebahagian besar ciri yang ditemui ini belum pernah dibincangkan. Dapatan ini menunjukkan bahawa perbilangan ialah sejenis bentuk lakuan bahasa yang unik. Keunikan perbilangan adalah pada ciri tekstualnya yang pelbagai; tidak sangat pada nilai atau mesej yang dikandungnya. Nilai atau mesej boleh sahaja disampaikan dengan ayat atau ungkapan biasa yang terus terang. Ciri tekstualnya itulah yang membezakannya daripada jenis lakuan bahasa ataupun puisi Melayu yang lain. Ciri tekstual itulah juga yang menyebabkan mesej atau nilai yang dikandungnya dapat disampaikan dengan lebih berkesan, santun, tak langsung dan melambangkan budaya tinggi.

Kata kunci: perbilangan, ciri tekstual, analisis dalaman teks, nilai, mesej, aturan, adat

Biografi Pengarang

  • Idris Aman, Universiti Kebangsaan Malaysia
    Pusat Penyelidikan Kelestarian Sains Bahasa, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
  • Mohammad Fadzeli Jaafar, Universiti Kebangsaan Malaysia
    Pusat Penyelidikan Kelestarian Sains Bahasa, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2018-06-01