Penggandaan Separa dalam Dialek Melayu Urak Lawoi
(Partial Reduplication in the Malay Dialect of Urak Lawoi)
Abstrak
Makalah ini membincangkan penggandaan separa dialek Melayu Urak Lawoi' Laem Tukkae (DMULLT) di wilayah Phuket, Thailand. Tujuan makalah ini adalah untuk menganalisis proses penggandaan separa yang berlaku dalam DMULLT. Untuk mendapatkan data primer, temu bual dilakukan terhadap lima orang informan yang berusia lima puluh tahun ke atas dari kawasan Laem Tukkae, wilayah Phuket. Data ini diproses dan dianalisis dengan menggunakan teori autosegmental, iaitu berdasarkan model pemindahan melodi oleh Clements (1985(a)) dan representasi tingkat suku kata oleh Clements (1985(b)). Dapatan kajian menunjukkan DMULLT mempunyai dua bentuk penggandaan separa, iaitu penggandaan separa kata dasar yang diakhiri suku kata terbuka dan penggandaan separa kata dasar yang diakhiri suku kata tertutup. Contoh penggandaan separa kata dasar yang diakhiri suku kata terbuka ialah /bini/ [ni.bi.ni] bebini (perempuan-perempuan), /rama/ [ma.ra.ma] rerama (rama-rama), dan contoh penggandaan separa kata dasar yang diakhiri suku kata tertutup ialah /bintaN/ [tak.bi.tak] bebintang (bintang-bintang) dan /rumah/ [mah.ru.mah] rerumah (rumah-rumah). Berdasarkan model pemindahan melodi oleh Clements (1985(a)), kedua-dua bentuk penggandaan separa DMULLT ini diproses dengan menggunakan acuan (templat) KVK.
Kata kunci: penggandaan separa, suku kata terbuka, suku kata tertutup, urak lawoi'
Rujukan
Muat turun
Diterbitkan
Terbitan
Bahagian
Lesen
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.
