Sebutan Bahasa Melayu oleh Penutur Cina (ChinMalay) Berdasarkan Latar Belakang Persekolahan
[Chinese Speakers' Pronunciation of Malay (ChinMalay) Based on School Background]
Kata kunci:
Chinese speakers, Chinese Malay (ChinMalay) phonology, consonant production, vowel production, speech production in Malay, school language medium, language input, speaking style, Malay Phonology TestAbstrak
Kajian empirikal tentang fonologi Melayu yang digunakan oleh penutur Cina (ChinMalay) amatlah terhad. Faktor penyumbangnya, seperti input bahasa pengantar sekolah kurang ditinjau. Kajian keratan rentas ini bertujuan untuk meninjau penghasilan konsonan dan vokal bahasa Melayu oleh 90 penutur dewasa berketurunan Cina. Kajian ini bertujuan untuk membandingkan penghasilan sebutan subjek yang berlatarbelakangkan pendidikan di sekolah rendah (Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina), sekolah menengah (Sekolah Menengah Kebangsaan dan Sekolah Tinggi Persendirian Cina) yakni tiga jenis pendedahan bahasa pengantar: 1. Melayu-Melayu. 2. Mandarin-Melayu. 3. Mandarin-Mandarin. Kesemua subjek diuji dengan Ujian Fonologi bahasa Melayu (penamaan gambar) yang dibentukkan. Analisis kualitatif menunjukkan kesalahan seperti deviasi -ɲ & -r; aspirasi plosif-p dan afrikat-tʃ; pengguguran konsonan akhir -h & -l. Analisis statistik menunjukkan terdapatnya perbezaan signifikan hanya pada penghasilan konsonan awal-tʃ dan konsonan akhir-h dan -l, yang menampakkan kumpulan Melayu-Melayu mencapai skor yang lebih tinggi daripada dua kumpulan lain. Pengaruh bahasa Mandarin dan Inggeris, serta gaya sebutan menyumbang kepada fonologi ChinMalay.
Kata kunci: penutur Cina, fonologi ChinMalay, sebutan konsonan, sebutan vokal, bahasa pengantar sekolah, input bahasa, gaya sebutan, Ujian fonologi bahasa Melayu
Rujukan
Muat turun
Diterbitkan
Terbitan
Bahagian
Lesen
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.
