Menelusuri Kesalahfahaman terhadap Bunyi Letusan Bahasa Melayu
(Exploring Misunderstanding concerning the Malay Affricates)
Kata kunci:
double articulation, fricatives, approximants, plosives, affricates, grapheme, palatalization, secondary cardinal vowels.Abstrak
Penggunaan lambang fonetik IPA dalam kajian bahasa Melayu telah berkembang dalam tempoh setengah abad belakangan ini. Akan tetapi, masih terdapat sesetengah pengkaji yang mencampuradukkan lambang fonetik IPA dengan grafem bahasa Melayu. Hal ini dapat disaksikan terutama dalam transkripsi bunyi letusan. Mereka barangkali tidak pernah meneliti buku panduan IPA dan tidak mengmabil berat tentang nilai bunyi letusan bahasa Melayu. Makalah ini bertujuan untuk mendedahkan kesalahfahaman sesetengah pengkaji terhadap bunyi letusan c [tʃ] dan j [dZ], lalu mengemukakan nilai bunyi letusan yang sebenarnya secara objektif melalui kaedah analisis fonetik akustik berkomputer. Hasil eksperimen ini telah meyakinkan kita bahawa bunyi letusan yang wujud dalam bahasa Melayu sesungguhnya bunyi belakang-gusi c [tʃ] dan j [dZ].
Kata kunci: artikulasi gandaan, bunyi geseran, bunyi hampiran, bunyi letupan, bunyi letusan, grafem, palatalisasi, vokal kardial sekunder
Rujukan
Muat turun
Diterbitkan
Terbitan
Bahagian
Lesen
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.
