Evolusi Morfofonemik Bahasa Melayu dari Abad Ke-16 Hingga Abad Ke-20

(The Evolution of Malay Morphophonemics from the 16th to the 20th Century)

Pengarang

  • Syed Zainal Ariff Syed Jamaluddin Universiti Sains Malaysia image/svg+xml

Kata kunci:

morfofonemik, awalan, apitan, fonologi generatif, atur rumus

Abstrak

Makalah ini mengkaji dan menganalisis perkataan yang mengalami proses morfofonemik akibat penerimaan imbuhan awalan meN- dan apitan meN… kan daripada tujuh belas teks terpilih dari abad ke-16 hingga abad ke-20. Penulisan ini juga bertujuan untuk melihat sejauh manakah benarnya kenyataan Asmah bahawa bahasa Melayu pada abad ke-16 dan ke-17 sedang mengalami perubahan dalam morfofonemiknya. Analisis dalam kajian ini menggunakan teori fonologi generatif dan pendekatan atur rumus. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa bahasa Melayu memang mengalami perubahan dalam morfofonemiknya pada abad ke-16 dan ke-17. Dapatan kajian ini menunjukkan perkataan yang menggugurkan atau mengekalkan fonem awal apabila bertembung dengan imbuhan meN- dijumpai dalam teks terpilih dari abad ke-16 hingga abad ke-20, dan semakin berkurangan mengikut perubahan abad serta tidak ditemui fonemena tersebut dalam bahasa Melayu standard sekarang ini. Dapatan ini mengukuhkan kenyataan Asmah.

Kata kunci: proses morfofonemik, perubahan bahasa Melayu, teori fonologi generatif, pendekatan atur rumus

Biografi Pengarang

  • Syed Zainal Ariff Syed Jamaluddin, Universiti Sains Malaysia

    Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2018-01-26