Migrasi Masyarakat Luar Dan Pengaruh Dialek Di Perak : Analisis Geolinguistik
(The Migration of Non-local Communities and Effects on Dialects in Perak: A Geolinguistic Analysis)
Kata kunci:
migrasi, leksikal, dialek geografi, GIS, ruang (spatial)Abstrak
Pengaruh persempadanan negeri telah menjadikan Perak sebagai sebuah negeri yang rencam dengan pelbagai dialek mahupun subdialek. Perak bukan sahaja menerima pengaruh dialek luar melalui persempadanan, malahan migrasi masyarakat luar daripada lingkungan Tanah Melayu juga merencamkan lagi dialek Melayu di bahagian utara dan selatan negeri ini. Kajian ini menggunakan kaedah lapangan sepenuhnya, iaitu melibatkan sebanyak 58 buah kampung di lima daerah di Perak dengan menghuraikan faktor linguistik dan bukan linguistik atau ringkasnya geolinguistik dalam pemerhatian terhadap fenomena kerencaman dialek di Perak. Kajian ini juga mengaplikasikan teknologi GIS. Pengaplikasian GIS dilihat dapat menjelaskan lagi faktor reruang dalam penghijrahan masyarakat luar ke negeri Perak berdasarkan bukti-bukti data leksikal seperti 'air', 'saya', 'datuk', 'nenek', 'kamu', 'besar', 'anjing', 'betis' dan 'mentah' yang jelas memperlihatkan pengaruh daripada dialek Melayu Patani, dialek Banjar, dialek Jawa dan dialek Minang. Ditambah pula, keadaan geografi kawasan Larut Matang dan Selama, Hulu Perak, Kerian, Hilir Perak dan Batang Padang yang memudahkan dan membuka ruang kepada masyarakat luar atau pendatang ini untuk datang membina petempatan di kawasan-kawasan ini. Ternyata kehadiran teknologi GIS telah memudahkan lagi penerangan mengenai penyebaran dialek di Perak. Faktor geografi, sejarah, ekonomi telah diintegrasikan dengan teknologi bagi mendapatkan penjelasan yang berpada tentang penyebaran dialek dengan lebih sistematik.
Kata kunci: migrasi, leksikal, dialek geografi, GIS, ruang (spatial)
Rujukan
Muat turun
Diterbitkan
Terbitan
Bahagian
Lesen
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.
