Makna Tambahan dalam Penyataan Keputusan Perlawanan Sukan secara Implisit

(Additional Implicit Meanings in Sport Match Results Reports)

Pengarang

  • Shia Ho Wong Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang

Kata kunci:

Makna Tambahan, Ungkapan Implisit, Laporan Sukan, Teori Relevans, Konteks

Abstrak

Kajian ini menghuraikan makna yang didukung secara implisit dalam penyataan keputusan perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris khususnya berkaitan dengan kemenangan dan kekalahan sesuatu perlawanan. Bagi mendapatkan makna tambahan daripada ungkapan yang digunakan, iaitu bagi perkataan 'membelasah', 'benam', 'menjinakkan', 'tersungkur', 'dikejutkan' dan 'tumbang' yang memerlukan penginterpretasian makna sebenar berdasarkan konteks. Oleh itu, kajian ini mengaplikasikan teori relevans yang digagaskan oleh Sperber dan Wilson (1986, 1995) yang memberikan penekanan kepada konsep konteks, kesan kognitif dan usaha memproses data yang mengandungi ungkapan implisit berkaitan dengan keputusan perlawanan. Data ini diperoleh melalui pembacaan terhadap berita sukan dalam akhbar Berita Harian Online. Hasil penganalisisan terhadap ungkapan implisit tersebut membuktikan bahawa sesungguhnya makna tambahan yang sukar diperoleh jika hanya dilihat pada peringkat permukaan, dapat diselesaikan melalui penganalisisan makna secara pragmatik, yakni berdasarkan konteks ketika ungkapan tersebut digunakan.

Kata kunci: makna tambahan, ungkapan implisit, liga perdana inggeris, teori relevans, konteks

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2017-09-08