"Perdebatan ialah Peperangan" dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Perancis: Satu Perspektif dari Sisi Linguistik Kognitif

(ARGUMENT IS WAR in Malay and French: A Perspective from Cognitive Linguistics)

Pengarang

Kata kunci:

metafora kompleks, metafora primer, bahasa Melayu, bahasa Perancis, persamaan perbezaan.

Abstrak

Makalah ini mengkaji pembentukan metafora konseptual PERDEBATAN IALAH PEPERANGAN dalam bahasa Melayu dan Perancis. Lazimnya metafora konseptual ini berkaitan dengan penggunaan hujah yang dikemukakan oleh pihak yang terlibat dalam sesi perdebatan. Metafora konseptual dilihat dan dinilai semula khususnya berdasarkan elemen penambahbaikan yang berlaku terhadap teori metafora konseptual seperti konsep metafora kompleks dan primer. Empat metafora linguistik dipilih untuk dianalisis daripada dua buah novel Melayu dan sebuah novel Perancis. Prosedur pengenalpastian metafora digunakan untuk memperoleh dua data bahasa Melayu dan data bahasa Perancis. Dapatan kajian menunjukkan PERDEBATAN IALAH PEPERANGAN merupakan satu metafora kompleks yang dibentuk oleh beberapa metafora primer yang bersifat asas dan ringkas. Selain itu, metafora ini turut dikesan sebagai proses kognitif yang berlaku semasa proses rundingan. Dapatan kajian menunjukkan sisi persamaan dan perbezaan yang dapat dicungkil menerusi pemetaan daripada domain sumber kepada sasaran kerana dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti tata susila, agama dan falsafah hidup.

Kata kunci: metafora kompleks, metafora primer, bahasa Melayu, bahasa Perancis, persamaan, perbezaan

Biografi Pengarang

  • Suziana Mat Saad, Universiti Kebangsaan Malaysia
    Unit Bahasa Asing dan Terjemahan, Pusat Penyelidikan Kelestarian Sains Bahasa, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2018-01-25