Kata Bantu Ragam dalam Terjemahan Inggeris-Melayu
(Modality Auxiliary Verbs in English-Malay Translation)
Kata kunci:
kata bantu ragam, makna, padanan, pelatihan penterjemahAbstrak
Makalah ini bertujuan meneliti penterjemahan kata bantu ragam daripada bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu oleh 44 orang penterjemah pelatih pelbagai kaum yang baru mengikuti program Sarjana Muda (Terjemahan dengan Interpretasi) di Universiti Sains Malaysia. Secara khususnya, makalah ini bertujuan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh para pelajar dalam menterjemah kata bantu ragam daripada bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu. Untuk tujuan ini, satu ujian terjemahan disediakan. Sebelas ayat dalam bahasa Inggeris yang mengandungi kata bantu ragam diberikan kepada responden untuk diterjemahkan kepada bahasa Melayu. Analisis kemudiannya dilakukan terhadap terjemahan yang dihasilkan oleh pelajar, yang melibatkan penelitian terhadap padanan bagi kata bantu ragam, iaitu may, must, will, can dan shall yang diuji dari segi makna yang disampaikan. Dapatan kajian ini mengetengahkan masalah yang dihadapi oleh pelajar dari segi mencari padanan yang tepat semasa menterjemahkan kata bantu ragam dan mengenal pasti aspek yang perlu diberikan perhatian dalam pengajaran dan pembelajaran penterjemahan di dalam kelas, terutamanya yang melibatkan kata bantu ragam.
Kata kunci: kata bantu ragam, makna, padanan, latihan penterjemahan
Rujukan
Muat turun
Diterbitkan
Terbitan
Bahagian
Lesen
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.
