Representasi Fungsian Partikel Wacana "Lah" dalam Terjemahan Surah Yasin Berdasarkan Pendekatan Abduktif

Pengarang

DOI:

https://doi.org/10.37052/jb25(1)no4

Abstrak

Partikel wacana yang penggunaannya bersifat tanpa disengajakan menjadi tumpuan dalam penyelidikan bahasa. Dalam bahasa Melayu, satu daripada partikel wacana yang sering menjadi fokus kajian ialah partikel wacana "lah". Kelainan penggunaan partikel wacana "lah" dalam terjemahan al-Quran menjadi fokus dalam kajian ini. Kajian ini dilakukan untuk mendapatkan fungsian berpotensi partikel wacana "lah" dalam teks terjemahan surah Yasin. Pendekatan abduktif diaplikasikan bersama-sama dengan Prosedur Analisis ATLAS. ti Bersistematik (PAAtiB) untuk mendapatkan fungsian berpotensi bagi penggunaan partikel wacana "lah" dalam terjemahan surah Yasin. Data kajian melibatkan 18 terjemahan surah Yasin yang terdiri daripada tiga variasi bentuk penerbitan, iaitu enam bentuk naskah al-Quran, enam bentuk digital dan enam bentuk naskah kecil bacaan harian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat pola penggunaan partikel wacana "lah" yang berbeza-beza dalam terjemahan surah Yasin yang turut berpotensi digunakan sebagai indikator untuk membezakan antara terjemahan jenis primer dengan terjemahan jenis sekunder. Selain itu, fungsian berpotensi partikel wacana "lah" dalam terjemahan surah Yasin, hadir dalam bentuk ujaran Khabari, iaitu gaya ibtida’i. Penyusunan pola partikel wacana "lah" yang berdasarkan pendekatan abduktif menunjukkan kewujudan beberapa persamaan penggunaan partikel wacana "lah" dalam fungsi penegasan dan perintah. Namun demikian, wujud beberapa tambahan
makna bagi setiap fungsi tersebut. Selain itu, partikel wacana "lah" yang sering digunakan dalam masyarakat Melayu pastinya dapat ditafsirkan dengan lebih empirikal, seterusnya mampu meningkatkan
nilai penggunaan bahasa Melayu. Hasil kajian ini satu daripada sumbangan ilmu bagi memartabatkan bahasa Melayu.

Kata kunci: Partikel wacana, lah, fungsian, abduktif, ATLAS.ti,PAAtiB

Teks penuh: PDF

Rujukan

Diterbitkan

2025-06-26