Gema Pascakolonialisme dan Persoalan Bahasa

Pengarang

  • Awang Azman Awang Pawi

Abstrak

Persoalan bahasa tidak akan selesai kerana mempersoalkan kehidupan dahulu, kini, dan masa depan. Sebab itulah persoalan bahasa akhirnya merupakan persoalan kewujudan sesebuah negara bangsa. Setiap negara membangun biasanya akan mempersoalkan bahasa yang menjadi arus utama negara dan pada masa yang sama menilai kedudukan bahasa yang digunakan. Negara yang maju pula lazimnya amat yakin dengan bahasa yang digunakan oleh mereka dan pada masa yang sama terus memperkasa bahasa. Apakah penting bahasa sehingga menjadi persoalan masyarakat hingga menjadi persoalan peringkat negara? Makalah ini meninjau gema pascakolonialisme dan persoalan bahasa dan pengalaman negara kita, dikaitkan dengan beberapa kecenderungan negara lain yang pernah dijajah.

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2002-06-03