Pengajaran dan pemelajaran bahasa Melayu: masalah dalam kalangan pelajar bukan Melayu
Abstrak
Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti sikap dan minat pelajar bukan Melayu serta kaitannya dengan faktor keluarga, guru, alat bantu mengajar, dan sekolah. Kaedah tinjauan melalui soal selidik dilakukan pada 300 pelajar bukan Melayu di sekolah di Negeri Sembilan. Dalam kajian ini, didapati bahawa pelajar bukan Melayu mempunyai masalah dalam pemelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu. Waiau bagaimanapun, sikap dan minat pelajar bukan Melayu terhadap pemelajaran Bahasa Melayu tidak mempunyai perkaitan yang signifikan dengan faktor keluarga, guru, alat bantu, dan sekolah.
Rujukan
Muat turun
Diterbitkan
Terbitan
Bahagian
Lesen
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.
