Interpretasi teks: subjektiviti berbanding dengan objektiviti

Pengarang

Abstrak

Aspek subjektiviti dan objektiviti menjadi salah satu persoalan yang penting dalam analisis sesuatu teks sastera, khususnya puisi. Ahli stilistik mendakwa bahawa analisis teks sastera seharusnya bersifat objektif, dan dengan itu, dapatlah dibezakan daripada kritikan sastera (Thomdorrow dan Wareing, 1998: 4-5). Sementara ahli sastera pula percaya bahawa analisis sesebuah teks sastera masih dibayangi oleh unsur subjektiviti, dan dengan itu, aspek objektiviti sangat sukar dicapai. Oleh itu, persoalan antara kedua-dua aspek ini memerlukan perbahasan yang Ianjut agar dapat difahami dengan lebih wajar, dan dapat pula dibezakan antara beberapa bidang ilmu yang menjadikan teks sastera sebagai bahan kajian: Kritikan sastera, linguistik, dan stilistik. Kaitan daripada persoalan yang diutarakan, makalah ini akan menumpukan perbincangannya pada persoalan interpretasi, subjektiviti, dan objektiviti dalam analisis stilistik.

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2001-01-31