Sistem nombor dan angka Melayu berdasarkan kajian etimologi dan penyukatan

Pengarang

Abstrak

Mengikut kajian etimologi terhadap perkataan-perkataan Melayu untuk nombor, kami menyerlahkan lagi betapa perkataan-perkataan itu ada hubungan langsung dengan jari-jari sebelah tangan sahaja. Buat pertama kalinya, kami berhujah seterusnya bahawa itulah dalil linguistik yang kuat bahawa sistem nombor Melayu ialah sistem perlimaan (kuiner) atau persepuluhan (dener/desimal). Untuk ini kami menemui asal usul yang baharu bagi perkataan empat, enam dan puluh. Kemudian kami memperoleh buat pertama kalinya angka Melayu yang berasaskan jari-jari. Hal ini menunjukkan kemungkinan kuatnya orang-orang Melayu menggunakan jari-jari tangan mereka untuk melambangkan sesuatu nombor seperti yang diamalkan oleh orang-orang Eropah sebelum mereka mengambil angka Muslim (Arab) seluruhnya pada abad ke-17M dan amalan masa kini dalam pemiagaan bursa saham. Walaupun sistem nombor Melayu adalah perlimaan (kuiner) atau persepuluhan (dener/desimal), namun dalam penyukatan, mereka menggunakan sistem perempatan (kuarterner) yang boleh dibandingkan dengan Inggeris, umpamanya yang menggunakan sistem penyukatan berasaskan dua belas (perdua-belasan atau duodener/desimal) sedangkan sistem nombornya berasaskan sepuluh (persepuluhan). Sebab-sebab orang Melayu menggunakan sistem perempatan (kuarterner) juga dibincangkan. Sementara itu kami juga membicarakan sistem penyukatan masa lslam-Melayu yang bitara yang dicipta sekurang-kurangnya pada abad ke- 16M dan berupa kitaran delapan tahun (juga tekal dengan sistem perempatannya itu) yang dikenali sebagai daur kecil bagi suku kaum Melayu bukan Jawa dan windu bagi suku kaum Melayu-Jawa. Sistem penyukatan masa ini mempunyai empat variasi kerana perbezaan simbol abjad Arab yang digunakan (oleh itu nama tahunnya), iaitu yang boleh dinamai daur Acheh-Wilkinson, daur Acheh Al-Attas. daur Campa dan windu.

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2002-09-02