Peranan bahasa kiasan dalam teks sains peringkat pengenalan

Pengarang

  • Steven Darian The State University of New Jersey, United States

Abstrak

Makalah ini mengkaji peranan bahasa kiasan (trop) - khususnya peranan analogi dan metafora, reifikasi dan perumpamaan, personafikasi dan penghaiwanan - yang terdapat dalam dua teks sains peringkat pengenalan. Bertentangan dengan pendapat popular, kiasan seperti personafikasi dan penghaiwanan memainkan peranan penting, malah lebih penting daripada analogi dalam penyampaian bahan. Makalah ini meneliti tema-tema metaforik yang dominan - seperti peperangan dan perburuan, keluarga dan hubungan-hubungan lain - serta topik -topik khusus yang berkaitan dengan tema-tema tersebut: sebagai contoh. keimunan, DNA, evolusi. dan fungsi -fungsi sel ternentu. Makalah ini turut menganalisis beberapa pola linguistik dan wacana yang digunakan dalam pelbagai bentuk kiasan: Sebagai contoh, penggunaan penanda - kata kerja dan tipograti - untuk menunjukkan bahawa perkataan atau ayat yang menyusul itu digunakan secara metaforik atau penggunaan bahasa kiasan yang diperluas. dan saling tindakan pelbagai bentuk kiasan dalam penanganan pelbagai topik sains. Makalah ini diakhiri dengan sebilangan cadangan tentang penggunaan bahasa kiasan dnlarn pengajaran sains. Language is a machine for manufacturing false hoods. Iris Murdoch. La veritè ā sofa figliola del tempo. (Kebenaran itu satu-satunya zuriat waktu.) Leonardo da Vinci.

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2001-01-31