Tetenunan dalam puisi

Pengarang

Abstrak

Makalah ini cuba menghuraikan dan membuktikan bahawa sesebuah puisi yang bermakna harus berupa wacana puitik yang utuh. Keutuhan wacana puitik ditinjau dari sudut penerapan teori pembentukan dan analisis linguistik yang dipadankan dengan puisi. Penerapan teori wacana dilihat dari segi pemenuhan kriteria seperti penyambungan, pengguguran atau penghilangan dan penggantian unsur dalam teks dalam tetenunan yang merangkum pengertian atau satuan maksud yang terikat serta mengekalkan keteraturan fikiran yang wujud secara terjalin dalam puisi.Tetenunan merupakan strategi yang membuktikan keteraturan fikiran yang membentuk apa yang dinamakan 'mesej' puisi. Tidak cukup dengan itu, pembinaan mesej juga ditinjau dari sudut kejadian maksud yang menjalin diksi berdasarkan ukuran kolokasi. Nyatalah bahawa puisi A.Aziz Deraman terbentuk sebagai wacana yang utuh berdasarkan aspek kolokasi ini. Keutuhan wacana puitik ditinjau juga dari segi peranan beberapa penanda wacana dalam teks yang bermakna. Kesemuanya itu ditinjau untuk membuktikan pembentukari mesej yang terselindung secara utuh di sebalik diksi dan mengaitkan kejadiannya dengan menggunakan perkaitan maklumat baharu dan lama yang terjalin dalam puisi, iaitu yang satuan mesejnya dicapai secara berkoherensi melalui interpretasi semiotik terhadap teks, iaitu puisi-puisi A.Aziz Deraman yang terrnuat dalam antologi puisi Kau dan Aku.

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2001-09-03