Pandangan baru dalam kajian bahasa
Abstrak
Kajian bahasa adalah salah satu cabang penyelidikan sistematik yang paling tua. Kajian bahasa bolehlah digalur kembali ke zaman Yunani dan India kuno yang telah mencapai sejarah kejayaan yang cemerlang. Dari sudut pandangan yang lain pula, kajian bahasa dianggap masih muda usianya, hanya kira-kira 40 tahun dahulu apabila idea utama tradisi penyelidikan ini dibangkitkan semula dan disusun semula, membuka jalan kepada penyelidikan yang amat produktif. Hakikat bahawa bahasa sentiasa dikagumi selama bertahun-tahun tidaklah menghairankan. Keupayaan manusia berbahasa merupakan sifat manusia yang sebenarnya dan sifat ini tidak jauh berbeza di kalangan manusia dan tidak serupa dengan keupayaan makhluk yang lain. Mungkin keupayaan manusia berbahasa paling rapat dengan keupayaan bahasa serangga, yang mengalami evolusi selama berbilion-bilion tahun. Tidak ada satu pun alasan yang jitu pada hari ini untuk mencabar pendapat Cartesian bahawa keupayaan menggunakan isyarat linguistik untuk melahirkan fikiran yang terbentuk dengan bebas menandakan "perbezaan sebenar antara manusia dengan haiwan" atau "mesin", tidak kiralah sama ada kata "mesin" itu bermaksud alat yang dicipta pada abad ke-17 dan ke-18, atau alat yang memberikan rangsangan kepada fikiran dan imaginasi pada masa kini. (Disalin daripada artikel).
Rujukan
Muat turun
Diterbitkan
Terbitan
Bahagian
Lesen
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.
