Penguasaan sintaksis bahasa Melayu kanak-kanak prasekolah
Abstrak
Dalam kajian mengenai penguasaan sintaksis bahasa Melayu kanak-kanak prasekolah, seramai 48 kanak-kanak telah diuji. Hasil kajian menunjukkan min panjang ujaran ayat yang dihasilkan oleh kanak-kanak di bandar ialah 4.85 perkataan bagi ayat penyata, 4.41 perkataan bagi ayat tanya, 4.18 perkataan bagi ayat seruan dan 4.19 perkataan bagi ayat perintah. Min panjang ujaran kanak-kanak luar bandar pula ialah 4.40 perkataan bagi ayat penyata, 4.19 perkataan bagi ayat tanya, 4. 72 perkataan bagi ayat seruan, dan 4.29 perkataan bagi ayat perintah. Mengenai penghasilan binaan ayat pula, dapatan menunjukkan kebanyakan kanak-kanak menghasilkan ayat yang berstrukturkan frasa nama + frasa kerja dan frasa nama + frasa adjektif.
Rujukan
Muat turun
Diterbitkan
Terbitan
Bahagian
Lesen
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.
