Penasalan vokal dalam bahasa Melayu standard dan dialek Pattani Gerik: satu huraian perbandingan
Abstrak
Dalam bahasa Melayu standard, proses penasalan vokal hanya berlaku secara progresif(vokal menjadi nasal apabila iadidahului oleh konsonan nasal). Sebali,knya, dalam dialek Pattani Gerik proses penasalan vokal boleh dilihat dalam dua bentuk: Penasalan vokal progresif dan penasalan vokal regresif. Dalam penasalan vokal regresif, vokal menjadi nasal apabila diikuti oleh konsonan nasal yang menduduki posisi akhir kata (suku kata tertutup). Terdapat dua proses fonologi lagi selepas proses penasalan vokal: Konsonan nasal yang menduduki posisi akhir akan mengalami pengguguran apabila vokal di sebelah kirinya terdiri daripada vokal / E/, dan konsonan nasal pada posisi akhir akan mengalami velarisasi apabila vokal di sebelah kirinya terdiri daripada vokal /i, o, u/.
Rujukan
Muat turun
Diterbitkan
Terbitan
Bahagian
Lesen
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.
