Pembinaan skema pemarkahan holistik berfokus bagi menggredkan karangan pemujukan

Pengarang

Abstrak

Selaras dengan penyerapan idea komunikatif dalam kurikulum pendidikan bahasa Melayu, suatu alat bagi mengukur kecekapan berbahasa berasaskan kriteria komunikatif sangat diperlukan untuk digunakan dalam penilaian bahasa kendalian sekolah, misalnya dalam penilaian kemahiran menulis. Bagi tujuan itu, makalah ini melaporkan pembinaan skema pemarkahan holistik berfokus skema komunikatif bagi menggredkan perlakuan karangan pemujukan mengikut kategori pencapaian. Pembinaan alat ialah yang menggunakan idea komunikatif yang menyatakan bahawa karangan merupakan perlakuan berbahasa melalui interaksi tiga komponen kecekapan, iaitu sosiolinguistik, wacana dan tatabahasa. Sebagai perlakuan, penilaiannya dibuat mengikut pendekatan holistik yang melihat karangan sebagai suatu keseluruhan. Untuk pengesahan alat, sebanyak 111 buah sampel karangan yang digredkan oleh pemeriksa yang dilatih khas telah digunakan. Keputusan kajian menunjukkan skema komunikatif mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi (0.93), di samping mempunyai kesahan kriteria, iaitu dengan koefisien korelasi yang melebihi 0.80 melalui kesahan serentak dengan alat yang sedia digunakan di Malaysia dan pada peringkat antarabangsa.

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2002-03-04