Peluasan penggunaan pilihan bahasa dalam wacana formal pengalaman masyarakat Malaysia

Pengarang

  • Mashitah Taharin
  • Rodolfo Jacobson University of Texas, United States

Abstrak

Pemerhatian yang dijalankan baru-baru ini dalam mesyuarat rasmi di Malaysia memaparkan bahawa, di samping pertuturan ekabahasa dalam bahasa Melayu, kepelbagaian wacana dwibahasa Melayu-lnggeris dapat dikenal pasti sebagai satu pi.lihan yang dianggap sesuai bagi pertembungan linguistik bagi sesetengah keadaan. Sesetengah penyelidik Malaysia menggelar percakapan tersebut sebagai Holey English apabila bahasa Inggeris yang digunakan mengandungi lompang yang diselitkan dengan perkataan Melayu, frasa, malah sebaris ayat. Sesetengah orang menggelarnya bahasa rojak apabila bahasa Melayu diselitkan dengan bahasa Inggeris dalam pelbagai bentuk. Di samping itu, kepelbagaian bahasa Inggeris yang digunakan menunjukkan unsur kenatifan, justeru menunjukkan kehadiran beberapa bentuk mesolek. Sementara kewujudan bahasa campuran merupakan satu fenomena yang biasa dalam pertuturan tidak formal di merata dunia, dan adalah luar biasa untuk berlaku dalam situasi formal. Pengalihan kod lebih baik dilihat sebagai satu kesinambungan yang merupakan lanjutan daripada kelompok ayat. Makalah ini melaporkan basil projek penyelidikan terhadap pertuturan yang beralih kod dalam latar formal di Malaysia.

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2002-03-04