Pendekatan sosiokognitif dalam seni kartun: kajian kes kartun Lat

Pengarang

  • Zaiton Darois Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Puteri Roslina Abdul Wahid Universiti Malaya image/svg+xml

Abstrak

Kajian ini merupakan kajian yang menerapkan pendekatan sosiokognitif dalam seni kartun. Kartun memainkan peranan yang penting dalam masyarakat moden hari ini sebagai satu medium untuk menyampaikan idea dalam Iakaran yang satirikal dan humor. Dato' Mohd. Nor Khalid atau lebih dikenali sebagai Lat merupakan tokoh yang unggul di kalangan kartunis di Malaysia. Kartun beliau memaparkan kehidupan sebenar rakyat Malaysia dan suara hati manusia Melayu. Pemelajaran pula merupakan salah satu proses penting dalam kehidupan dan kartun merupakan guru yang terbaik. Kita ketawa apabila membaca atau melihat kartun animasi tetapi tidak menyedari kita belajar dan ketawa pada masa yang sama. Berdasarkan pendekatan ini, penulis akan menghuraikan pemikiran dan pemahaman tentang budaya Malaysia yang melibatkan masyarakat, persekitaran, individu, dan proses kognitif yang dapat dilihat daripada kartun Lat.

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2003-09-01