Strategi pemelajaran bahasa pelajar sekolah menengah

Pengarang

Abstrak

Makalah ini memperihalkan kajian tentang perbandingan strategi pemelajaran bahasa (SPB) antara pelajar. Kajian kes yang menggunakan kaedah kualitatif ini dijalankan terhadap lapan pelajar. Empat pelajar cemerlang dan empat pelajar yang mewakili jantina pelajar dijadikan peserta kajian. Semua peserta kajian ialah pelajar Tingkatan 4 di sebuah sekolah menengah kebangsaan. Bagi mengetahui SPB yang digunakan, instrumen pemerhatian digunakan. Pemerhatian dilakukan di dalam kelas ketika pelajar belajar bahasa Melayu (BM). Setiap pelajar diperhati sebanyak tiga kali masa pemelajaran BM atau 120 minit pemelajaran. Aspek kemahiran yang diperhatikan ialah aspek kemahiran lisan dan penulisan. Setiap reaksi dan tingkah laku pelajar ketika mendengar, bertutur, membaca dan menulis diperhati dan direkodkan. Basil kajian mendapati secara keseluruhan pelajar cemerlang lebih banyak menggunakan SPB berbanding dengan pelajar lemah. Pelajar perempuan lebih banyak menggunakan SPB berbanding dengan pelajar lelaki bagi kedua-dua kategori pelajar. Dari segi kemahiran, pelajar perempuan yang cemerlang dan yang lemah lebih banyak menggunakan SPB dalam kemahiran mendengar, membaca dan menulis, manakala pelajar lelaki yang cemerlang dan pelajar lelaki yang lemah lebih banyak menggunakan SPB dalam kemahiran bertutur sahaja.

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2003-03-03