Analisis wacana kritis perutusan Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohamad
Abstrak
Makalah ini bertujuan untuk memperlihatkan bahawa ilmu linguistik - dengan merujuk khusus kepada kerangka analisis wacana kritis, wajar digembleng oleh pengamat sosial (termasuk ahli linguistik) dalam analisis sosial yang dilakukan oleh mereka. Untuk itu, makalah ini menganalisis wacana Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohamad. Didapati dalam perutusan Dr. Mahathir Mohamad, terselindung amalan kepimpinan orientasi khalayak, amalan kepimpinan tegas, dan ideologi kepimpinan "pemimpin memimpin".
Rujukan
Muat turun
Diterbitkan
Terbitan
Bahagian
Lesen
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.
