Ceritera sepanjang, seberang dan selepas garis 4' 10" utara: lakuan dan maksud penutur dalam kes kedaulatan Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan
Abstrak
Bahasa sering digunakan sebagai alat bujukan dalam kalangan negara yang menghadapi perselisihan, sebagai mekanisme penyelesaian, sama ada melalui perundingan diplomatik atau melalui mekanisme penimbangtaraan atau penghakiman, seperti Mahkamah Keadilan Antarabangsa di The Hague, Belanda.Dalam bahasa, terdapat tidak terkira banyaknya lakuan bahasa yang bermatlamat untuk menyampaikan, sama ada secara implisit mahupun eksplisit, maksud komunikasi para penutur yang terlibat. Makalah ini cuba menonjolkan maksud penutur melalui pelbagai jenis lakuan bahasa yang digunakan dalam pertuturan para peguam yang mewakili Malaysia dan Indonesia, dalam kes kedaulatan kedua-dua Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan, pada 3-12 Jun 2002 di Mahkamah Keadilan Antara-bangsa. Data untuk makalah ini diambil khusus daripada catatan verbatim, yakni pertuturan kata demi kata Sir Elihu Lauterpacht, Q.C., C.B.E., ketua barisan peguam untuk Malaysia, dan Sir Arthur Watts, yang mengetuai barisan peguam untuk Republik Indonesia.
Rujukan
Muat turun
Diterbitkan
Terbitan
Bahagian
Lesen
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.
