Gandingan kata bilangan dan penggandaan bahasa Melayu: sama tak serupa
Abstrak
Ramai penahu Melayu, antaranya Asmah (1993), Nik Safiah et al. (1997), Hashim Musa (1993), Liaw Yock Fang dan Abdullah Hassan (1994), dan Za`ba (2000) ada membincangkan kata ganda dengan tumpuan khusus pada aspek morfologi. Ada sedikit perbincangan yang menyentuh tentang makna kata ganda itu sendiri. Nor Hashimah (2002) ada membincangkan kata ganda dari perspektif semantik dengan menyarankan makna khusus dan tidak khusus pada kata tersebut. Kata bilangan kardinal dan bilangan tak tentu turut dibincangkan dalam kata ganda bilangan. Kata kardinal "tiga ekor ayam" tergambar jamaknya pada "tiga" dan "ayam" tidak perlu digandakan. Penahu Melayu juga menyarankan perkara yang serupa untuk kata bilangan tak tentu. "Semua guru" ialah gambaran jamak dan tidak perlu digandakan "guru". Data korpus, sama ada yang bertulis mahupun pertuturan menggambarkan sebaliknya. Fungsi kata ganda bilangan akan menjadi lebih menarik apabila dilihat pada korpus yang lebih luas. Analisis semantik dengan pendekatan rangka rujuk silang dan pemilihan rujukan akan menjelaskan perbezaan kedua-dua kata ganda ini dengan meyakinkan.
Rujukan
Muat turun
Diterbitkan
Terbitan
Bahagian
Lesen
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.
