Buku Katan: satu kajian awal leksikografi Melayu

Pengarang

Abstrak

Makalah ini membincangkan beberapa aspek leksikografi yang terkandung dalam sebuah kamus ekabahasa bahasa Melayu, iaitu Buku Katan. Kamus ini dihasilkan pada tahun 1936 oleh Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku (P.B.M.P.B.) Diraja Johor, dan disusun oleh Haji Mohd. Said bin Haji Sulaiman. Antara aspek yang dibincangkan ialah bentuk dan jenis kata entri, dan kaedah pemberian takrif yang digunakan dalam kamus tersebut. Kamus ekabahasa yang dijadikan perbandingan ialah Kamus Dewan dan Kamus Umum Bahasa Indone-sia. Daripada perbandingan yang dibuat, dapat dilihat bahawa Buku Katan mengamalkan hampir keseluruhan amalan leksikografi yang seharusnya terdapat dalam sesebuah kamus ekabahasa bahasa Melayu. Selain itu, dimuatkan juga sedikit Tatar belakang penghasil dan penyusun kamus tersebut, iaitu Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku (P.B.M.P.B.) Diraja Johor dan Haji Mohd. Said bin Haji Sulaiman.

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2022-12-23