Pengklitikan enklitik "-nya" pada kata kerja: aplikasi Teori Kuasaan dan Tambatan (Chomsky, 1986)
Abstrak
Kajian ini mendakwa bahawa pengklitikan bukan satu proses morfologi tetapi satu proses sintaksis. Kajian ini membahaskan bahawa enklitik "-nya" ialah satu butir leksikal di dalam leksikon penutur asli bahasa Melayu. Pengklitikan ialah percantuman butir leksikal ini dengan hosnya. Kajian ini mendakwa bahawa pengklitikan ini berlaku pada aras sintaksis. Pengklitikan pada aras sintaksis ini dipengaruhi oleh dua jenis analisis sintaksis, iaitu hipotesis pergerakan (diperkenalkan oleh Kayne, 1975) dan hipotesis in situ (Aoun, 1985; Borer, 1984; Dobrovie-Sorin, 1990; Jaeggli, 1982; Saner, 1988). Hipotesis Per-gerakan membahas bahawa klitik wujud pada posisi komplemen hosnya pada struktur-D dan bergerak bercantum pada hosnya pada struktur-L melalui proses ubah-alfa. Hipotesis in situ pula mendakwa bahawa klitik wujud tercantum pada hosnya pada struktur-D dan tidak perlu bergerak ke posisi lain pada struktur-L. Beberapa mekanisme perlu diketengahkan untuk mempertahankan analisis hipotesis in situ. Oleh yang demikian, analisis hipotesis pergerakan akan dibahaskan sebagai hipotesis yang terbaik untuk diadaptasikan bagi menjelaskan pengklitikan enklitik "-nya" pada kata kerja struktur-L.
Rujukan
Muat turun
Diterbitkan
Terbitan
Bahagian
Lesen
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.
