Bahasa Melayu di Pulau Kokos: suatu tinjauan sosiolinguistik
Abstrak
Kajian ini memerikan fenomena sosiolinguistik bahasa Melayu di Pulau Kokos, khususnya di Pulau Home yang terletak di Lautan Hindi, di luar kawasan dunia Melayu. Kajian ini berdasarkan pendekatan kualitatif dan memberikan fokus kepada lima aspek: susur galur dan sejarah penghijrahan orang Melayu ke Pulau Kokos; sistem panggilan dalam kalangan Melayu Kokos; leksikal dan istilah dalam bahasa Melayu yang digunakan di Pulau Kokos. Wawancara dan temu bual dibuat dengan mengemukakan soalan terbuka untuk mendapatkan respons daripada informan; dan kaedah pemerhatian turut serta digunakan dalam kajian ini. Sejumlah 60 orang informan yang terdiri daripada orang Melayu Kokos dan orang kulit putih. Australia telah ditemu bual dari 2-10 Mei 2004 di Pulau Home. Kerangka teori tipologi kawasan penyebaran bahasa telah diterapkan dalam kajian ini.
Rujukan
Muat turun
Diterbitkan
Terbitan
Bahagian
Lesen
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.
