Hipotesis pergerakan dan enklitik -nya: implikasi terhadap teori kasus dan teoriteta
Abstrak
Penulisan ini akan membincangkan aplikasi Hipotesis Pergerakan yang telah dapat menerangkan pengklitikan enklitik "-nya" (Jurnal Bahasa, Jun 2006) dalam bahasa Melayu dengan lebih lanjut. Penerimaan analisis itu dapat diperkukuh sekiranya implikasi teori kasus dan teori teta dapat dijelaskan dengan terperinci. lmplikasi terhadap penandaan kasus dan pemberian peranan teta oleh klitik dalam bahasa-bahasa Roman telah banyak dibahaskan oleh Aoun ( 1982), Kayne ( 1975) dan Jaeggli (1982). Ketiga-tiga pakar ini mempunyai pendapat yang berlainan mengenai penandaan teta dan pemberian kasus. Mereka menamakan penandaan peranan teta dan pemberian kasus kepada klitik tertentu sebagai penyerapan kasus dan penyerapan peranan teta. Oleh yang demikian, penulisan ini akan memberikan tumpuan terhadap peranan teta pada struktur-D, dan kasus pada struktur-L serta menjelaskan penyerapan teta dan penyerapan kasus oleh enklitik "-nya" dalam bahasa Melayu.
Rujukan
Muat turun
Diterbitkan
Terbitan
Bahagian
Lesen
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.
