Ayat polipredikatif dalam Bahasa Melayu
Abstrak
Model-model ayat polipredikatif mempunyai kemungkinan yang luas untuk menjadikan isi makna sesuatu ayat lebih lengkap dan padat. Makna sesuatu klausa yang utama ditambah dengan pemerian situasi lain seperti aksi, gerakan, keadaan, perasaan dan sebagainya, tanpa diulangi subjeknya dan anggota yang lain. Ini diadakan sama ada dengan susunan multiverbal pada posisi sebutan atau mengaitkannya dengan pelbagai frasa kerja yang bergantung pada anggota klausa iutama. Susunan multiverbal ialah sebutan sejenis, sebutan serial, konstruksi rantai yang membawa makna perseptif, kausatif, dan performatif. Dari sudut linguistik umum, segala masalah analisis ayat poli-predikatif ada hubungannya dengan fenomena konjugasi kata kerja serta oposisi bentuk finit atau tak finit yang merupakan inti predikasi ayat pada peringkat lahir (sintaksis) dan inti proposisi pada peringkat batin (logik). Kategori morfologi berkenaan tidak ada dalam Bahasa Melayu Indonesia, maka kajian ini membahas hal-hal predikasi dan proposisi dalam kaitannya dengan susunan bahasa Melayu.
Rujukan
Muat turun
Diterbitkan
Terbitan
Bahagian
Lesen
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.
