Beberapa pola perbezaan leksikal dalam Kamus Dewan dan Kamus Besar Bahasa Indonesia: satu analisis berdasarkan model tiga segi semiotik
Abstrak
Tulisan ini memberikan fokus kepada maklumat perbezaan leksikal bahasa Melayu Malaysia (BMM) dan bahasa Indonesia (BI) berasaskan model tiga segi semiotik Ogden dan Richard. Kamus Dewan Edisi Ketiga dan Kamus Besar Bahasa Indonesia Edisi Ketiga menjadi narasumber tulisan ini. Terdapat tiga pola yang ditelusuri dari perspektif benda, perspektif kata, dan perspektif konsep. Perspektif benda menampilkan unsur analog yang mendukung julat semantik yang berbeza. Perspektif kata mencakup empat unsur penting. Pertama, kata sama, makna teras berbeza. Kedua, kata sama, tetapi mengalami peluasan atau penyempitan makna dalam salah satu atau kedua-dua variasi. Ketiga, kata sama tetapi berbeza dari segi stilistik dan temporal. Keempat, kata yang mendukung konsep/ fenomena tertentu yang hanya wujud atau digunakan dalam satu variasi. Perspektif konsep mencakup konsep sama, kata berbeza serta konsep sama, kata berbeza tetapi berlainan dari segi kekerapan penggunaan. Semua ini mengacu kepada timbulnya kecapahan leksikal yang memberikan kesan kepada tahap kecekapan komunikatif dan kefahaman menyaling kepada penutur BMM dan BI.
Rujukan
Muat turun
Diterbitkan
Terbitan
Bahagian
Lesen
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.
